CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 8, 2009

ANUGERAH YANG DITERIMA

Arbak Othman pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori sajak (Hadiah Utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Pada tahun yang sama (2002) beliau juga pernah memenangi hadiah saguhati dalam Sayembara Antologi Puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan. Pada bulan Mei 2004, beliau memenangi Anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi kategori Hadiah Utama Kajian Sastera 2003. Beliau juga memenangi hadiah utama Kencana kategori esei kritikan anjuran DBP, Kuala Lumpur.

0 comments: