CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 7, 2009

BIODATA TOKOH BAHASA

Dilahirkan pada 10 Februari 1944 di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga tahun 1973 iaitu tahun beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Beliau meneruskan perjuangan menimba ilmu pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Tokoh yang dimaksudkan ialah Prof. Madya Dr. Hj. Arbak B. Othman.

0 comments: