CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, April 8, 2009

KETIKA DAN KALIMAT

Pejam celik pejam celik dah final sem aku belajar kat UPM ni. Rasa cam baru je semalam aku masuk sini. Bila dah hujung-hujung sem ni rasa sedih pulak nak tinggalkan UPM dan kolej kediaman sekarang ni. Cepat betul masa berlalu kan.

Antara subjek yang aku kena ambil sem akhir ni ialah BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia. Subjek ni subjek wajib la pulak. Kalau elektif confirm aku tak ambil dah. Aku bukan minat sangat dengan benda yang berkaitan dengan multimedia, komputer dan yang sewaktu dengannya ni. Aku cukup-cukup lemah dengan benda-benda ni. Kalau setakat guna Microsoft Word dengan Power Point tu boleh la. Kalau yang lain-lain tu jangan harap aku nak explore.

Ada sorang kawan yang dah ambil subjek ni pernah cakap kat aku yang kalau dapat Dr. Normaliza yang ajar subjek ni senang score. Tapi dengan syarat buat semua kerja yang dia bagi. Nak dijadikan cerita kebetulan kelas yang aku masuk ni memang Dr. Normaliza yang ajar. Teringatkan cerita kawan aku tu senang gak hati. Ye lah, boleh score kan.

Tapi tak sangka pulak aku yang Dr. Normaliza ni lain daripada yang lain. Mana taknya, masuk-masuk kelas je muka serius giler. Kecut gak perut. Bila dia bersuara pulak, mak ai kuatnye. Tak payah pakai mikrofon pun takpe. Boleh tahan garang gak la lecturer yang sorang ni. Satu perkara yang paling penting dengan dia ni ialah tak boleh masuk kelas lambat. Lambat 5 minit pun confirm kena marah. Aku pernah gak terlambat sekali, mujur mood dia ok time tu. So takde la kena marah. Lega gak la. Lepas-lepas tu masing-masing tak berani nak datang lambat. Pas tu dia tak suka orang duduk belakang, lebih-lebih lagi kalau muka yang sama je duduk kat belakang. Ape lagi, setiap hari Rabu confirm semua berebut nak duduk kat depan. Memang ni la first time aku berhadapan dengan situasi yang macam ni. Kelakar pun ada bila tengok gelagat budak-budak kelas berebut tempat duduk.

Hari pertama kelas tak banyak beza dengan kelas yang lain. Macam biasa lecturer akan bagi sedikit penerangan pasal subjek tersebut. Cuma yang lainnya subjek ni akan ada 2 orang lecturer yang mengajar. Selain Dr. Normaliza, Dr. Arbaie pun akan ada mengajar kami semua.

Untuk kelas Dr. Normaliza kami disyorkan membawa kamera. Gunanya adalah untuk mengambil gambar slide kat depan masa dia mengajar nanti. Sebabnya ialah Dr. Normaliza ni tak bagi nota, so pandai-pandai la ambil gambar slide tu nanti. Perkara ni pun satu lagi benda yang lain daripada yang lain pasal kelas ni. First time gak aku masuk kelas yang kita kena ambil gambar nota. Bak kata Dr. Normaliza dah nama pun kelas multimedia. So kena la aplikasikan benda yang kita belajar tu.

Pas tu kami dikehendaki membuat kumpulan masing-masing. Satu kumpulan seramai 6 orang ahli. Kumpulan aku dianggotai oleh Elle, Nina, Jieha, Najmi, Aliffa dan dah semestinya la aku. Pas tu kami kena bagi nama kumpulan pulak. Setelah sepakat kata kami bersetuju nak namakan kumpulan kami ni ‘Wonderpets’. Kalau siapa-siapa yang rajin layan cerita kartun mesti tau pasal nama ni. Sebab utama kami semua pilih nama Wonderpets ni ialah kerana slogan dalam cerita kartun tu. ‘Apa yang penting? Kerjasama’. Lepas cukup ahli kumpulan dan dah dapat nama kumpulan kami semua dikehendaki menaip nama ahli dan nama kumpulan masing-masing di PC depan kelas tersebut. Boleh tahan kecoh gak la kelas masa tu. Masing-masing berebut nak taip dulu.

Kelas seterusnya kami dikehendaki bawa 6 keping mounting board, majalah terpakai, ribbon, gam, gunting, pisau dan puncher. Masing-masing tertanya-tanya apa la yang kita orang semua akan buat dengan bahan-bahan ni semua. Rupa-rupanya hari tu nak belajar pasal asas grafik. Kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Lima perkara ni adalah asas grafik.

Kita orang semua kena cari gambar dalam majalah yang dah dibawa dan yang paling penting mesti cari 5 gambar yang ada semua elemen asas grafik tersebut. Masa yang diberikan hanya dalam sejam lebih saja sebelum kena submit hari tu jugak. Semua kelam-kabut cari port yang sesuai untuk group masing-masing. Tak kurang jugak dengan group aku. Seronok jugak buat aktiviti main gunting dengan gam-gam ni. Rasa macam masa sekolah rendah pulak.

Tapi tak boleh main tampal je atas mounting board tu. Kena pastikan yang kertas yang ditampal tu tak berkedut atau ada gelembung udara. Kertas yang dipotong pun tak boleh senget, kena lurus dan tak nampak bengkang-bengkoknya. Kalau tak Dr. Normaliza reject. Senang kata dia nak hasil kerja yang kemas dan perfect lah. Boleh menangis jugak buat kerja ni. Bukan menangis sebab apa, sebab pedih mata nak tengok kertas yang dipotong tu lurus ke tak, ada gelembung udara ke tak. Tapi berbaloi jugak terseksa masa buat tugasan ni. Akhirnya group aku dapat A untuk tugasan tu. Seronok bukan main la masing-masing.

Tugasan yang seterusnya ialah kami dikehendaki membuat esei sebanyak 8 muka surat mengikut tajuk yang dicabut undi. Kumpulan kami dapat tajuk pasal permainan komputer dalam kalangan kanak-kanak. Untuk tugasan ni kami dikehendaki membawa laptop sendiri. Masing-masing memerah otak untuk cari point yang berkaitan dengan tajuk yang kami dapat tu. Bila dah dapat isi, kami pun mula la mengarang. Susah jugak nak buat esei 8 muka surat dalam masa kurang dua jam. Bila dah siap kena e-mail kan kepada Dr. Normaliza. Kalau hantar lepas pukul 2 petang dia tak terima. Tu yang kelam-kabut mengarang tu. Mujur group aku sempat siap sebelum pukul 2 dan yang paling penting cukup 8 muka surat.

Minggu yang seterusnya untuk kelas multimedia ni kita orang kena bawak kamera. Ingat belajar dalam kelas macam biasa la kan. Rupa-rupanya kita orang kena ambil gambar masing-masing. Siap kena posing-posing lagi. Macam model la pulak. Tugasan kali ni kena masukkan gambar yang dah kita ambil tu dalam Power Point dan yang paling penting kena letak peribahasa atau simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar yang kita dah ambil tu.

Group aku pun macam group yang lain jugak la. Masing-masing posing sakan masa nak ambil gambar tu. Sebenarnya malu jugak la masa nak pose tu. Mana taknya, selalu ambil gambar biasa-biasa je kan. Takde la nak posing-posing ni. Tapi sebab kerja punya pasal kena la jugak buang rasa malu tu kejap.

Hampir satu fakulti jugak la budak-budak kelas multimedia ni pusing sebab nak ambil gambar. Semua nakkan hasil yang terbaik. Sambil-sambil ambil gambar tu tengok-tengok jugak la gaya group yang lain. Dapat jugak tambah idea kita orang macam mana nak posing lagi.

Untuk tugasan yang ni kita orang kena present. Dr. Normaliza nak 20 slide dan masa selama 7 minit. Semua group buat yang terbaik. Best-best semua slide dia orang. Group aku pun tak kurang bagusnya. Enjoy jugak la buat tugasan yang ni.

Untuk minggu yang seterusnya kita orang dikehendaki bawa 5 keping kertas lukisan dan pensel warna. Agaknya apa pulak la yang kita orang kena buat kali ni. Tapi dah boleh agak mesti kena lukis dan warna-warna. Lemah jugak la aku. Mana taknya, masa sekolah dulu aku paling lemah dengan subjek Pendidikan Seni. Tak pernahnya dapat A.

Seperti yang disangka, memang betul pun kita orang kena melukis dan mewarna. Kali ni tugasan yang diberi ialah membuat e-majalah. Kita orang kena buat draf untuk e-majalah yang akan dibuat tu la konon-kononnya. Setiap group kena pilih tema untuk e-majalah masing-masing. Tak boleh sama dengan group orang lain.

Group aku sepakat pilih tema perkahwinan untuk e-majalah ni. Nama e-majalah kita orang ialah ‘Renjis’. Kertas lukisan tu kita orang kena lipat 2. kiranya e-majalah tu akan ada 20 muka surat la. Dalam e-majalah ni bukan ada cerita tentang tema yang kita pilih je. Kita orang kena selitkan jugak iklan-iklan. Ala, macam yang biasa kita tengok dalam majalah tu la. Cuma bezanya kita orang kena masukkan satu muka surat untuk audio dan video. Dah nama pun e-majalah kan. Kena la ada benda tu semua.

Macam tugasan yang sebelum ni jugak, kita orang kena siapkan sebelum pukul 2. kelam-kabut jugak la masing-masing. Mana nak lukis, mana nak warna, nak masukkan teks lagi. Mujur Dr. Normaliza bagi lebih masa. 2.15 petang kena hantar. Nasib group aku sempat siap sebelum masa yang diberikan habis. Dr. Normaliza siap puji lagi e-majalah kita orang. Dia kata cantik. Kita orang semua tergelak dengar dia cakap macam tu. Mana taknya, budak-budak tadika melukis mewarna lagi cantik daripada kita orang punya. Tapi bila dah kena puji macam tu lega jugak la.

Kelas yang seterusnya Dr. Arbaie yang ajar. Dia mengajar pasal papan cerita. Macam mana proses nak buat papan cerita. Susah jugak rupanya nak buat papan cerita. Kena fikir banyak perkara. Kalau tak tak lengkap la papan cerita tu nanti. Untuk ni Dr. Arbaie bagi tugasan dengan membuat papan cerita tentang Tsunami. Buat ikut group masing-masing jugak.

Minggu seterusnya kelas diambil alih semula oleh Dr. Normaliza. Kali ni kita orang kena buat draf untuk Billboard pulak. Macam biasa kita orang kena pilih tema dan tak boleh sama dengan orang lain. Puas berfikir akhirnya kita orang sepakat pilih tema ‘Tayar Kereta’. So iklan yang kita orang buat ni adalah berkenaan dengan tayar kereta. Jenama untuk tayar ni pulak kita orang ambil sempena nama kumpulan kita orang iaitu Wonder Tyre. Macam biasa, tugasan ni kena siap sebelum pukul 2 petang. Alhamdulillah sekali lagi group kita orang berjaya menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan.

Dan tugasan terakhir untuk kelas multimedia ni ialah membuat kerja amal ke rumah anak yatim. Tugasan ni lah yang paling mencabar sekali. Mana taknya, kena cari rumah anak yatim, kena buat proposal lagi, kena fix masa yang sesuai untuk buat lawatan ke rumah anak yatim tu lagi. Memang mencabar la tugasan ni.

Akhirnya, setelah semua masalah settle kita orang pun sebulat suara memilih tarikh 22 Mac 2009 untuk pergi ke rumah anak yatim yang telah kami pilih iaitu Kompeks Kebajikan Rukaiyah yang terletak di Kajang saja. Pada tarikh yang telah ditetapkan group aku yang bergabung dengan group Phoenix pun bertolaklah ke rumah tersebut seawal lebih kurang 7.30 pagi.

Sebelum terus ke rumah anak yatim tersebut kami sempat singgah membeli sedikit peralatan untuk digunakan semasa aktiviti gotong-royong nanti. Selesai membeli barang, kami terus ke rumah anak yatim tersebut. Sesampainya di sana anak-anak yatim tersebut baru selesai bersarapan pagi.

Setelah berjumpa dengan pengurus rumah Rukaiyah tersebut yang dipanggil Cikgu Man oleh penghuni-penghuni di sana, kami semua dijemput menunggu di dalam surau sementara anak-anak tersebut bersiap. Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya kami semua dapat bersua muka dengan penghuni rumah Rukaiyah ni. Tersentuh jugak la hati bila tengok muka mereka semua. Kecil-kecil lagi dah hilang ibu bapa untuk bermanja.

Tetapi sebenarnya bukan semua anak-anak di rumah Rukaiyah ni merupakan anak yatim. Ada segelintir daripada mereka merupakan anak miskin. Mereka masih ada ibu bapa tetapi ibu bapa mereka tidak mampu menanggung mereka. Mungkin disebabkan bilangan ahli keluarga yang besar. Setakat yang aku tahu, ada 3 pasang adik-beradik yang menghuni di situ. Satu kelebihan bagi mereka mungkin. Ye lah, sekurang-kurangnya mereka ada keluarga terdekat di situ. Lagi satu, kebanyakan mereka ni berasal dari kawasan berhampiran Kajang tu je. Kebanyakannya dari sekitar kawasan Bangi. Penghuni rumah Rukaiyah ni tak la ramai mana, semuanya dalam 23 orang je.

Setelah hampir semua anak-anak tersebut berada di depan kami, kami pun meminta izin daripada Cikgu Man untuk memulakan sesi perkenalan. Kami mulakan dengan memperkenalkan diri kami semua dulu. Tu pun atas permintaan adik-adik tersebut. Setelah selesai kesemua 12 orang, kami minta adik-adik tersebut pula memperkenalkan diri. Masing-masing masih malu dan segan. Tapi ada juga yang berkeyakinan. Selesai sesi suai kenal kami teruskan dengan aktiviti yang seterusnya.

Pagi tu kami mulakan dengan sedikit sesi senaman untuk memanaskan badan. Selesai bersenam kami semua bahagikan adik-adik tersebut kepada 3 kumpulan untuk aktiviti gotong-royong di sekitar kawasan rumah Rukaiyah tersebut. Masa yang diambil untuk aktiviti ni ada lah dalam sejam. Berpeluh jugak la masing-masing. Semua bekerja sungguh-sungguh masa gotong-royong ni. Tak kurang juga yang banyak bermain. Terutama adik-adik yang baru berumur 8-9 tahun.

Selesai bergotong-royong kami berehat untuk minum dan makan sikit. Makanan untuk adik-adik tersebut memang telah kami semua sediakan. Pagi tu sekadar alas perut dengan sebungkus roti coklat dan air mineral. Walaupun hanya tu yang kami berikan pagi tu, mereka tetap makan dengan selera. Tiada seorang pun yang kisah dengan makanan yang kami sediakan. Alhamdulillah.

Setelah siap mengalas perut kami teruskan dengan aktiviti yang seterusnya. Mereka dikehendaki membuat aktiviti dalam kumpulan mengikut kumpulan yang telah diberikan sebelum gotong-royong pagi tu. Kami semua minta mereka berikan nama untuk kumpulan mereka. Lepas tu cipta logo dam moto kumpulan mereka. Dan akhir sekali mereka diminta untuk membuat satu persembahan cheers.

Memang tak boleh dinafikan yang mereka ni semua boleh tahan kreatif. Cheers yang mereka cipta pun boleh tahan best. Cumanya ada lagi segelintir mereka yang masih belum buang sifat malu untuk berhadapan dengan khalayak yang ramai. Walaupun kebanyakan yang ada di situ adalah kawan-kawan mereka sendiri. Tu jugaklah yang Cikgu Man pernah bagitahu kami semua sebelum tu. Masih ada dalam kalangan mereka ni yang rasa rendah diri dan kurang keyakinan.

Sementara tunggu masa makan tengah hari, kami semua hiburkan adik-adik tersebut dengan video tentang UPM dan juga beri mereka semua menonton cerita animasi Upin dan Ipin. Senang hati kita orang semua bila tengok mereka terhibur dan gembira dengan bergelak ketawa. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sedikit rasa sedih dan rindu kat keluarga mereka.

Untuk makan tengah hari tu kita orang semua tak sediakan makanan. Ikut perancangan memang kita orang akan sediakan makan tengah hari, tapi Cikgu Man dah bagitahu kita orang sebelum tu yang akan ada orang sponsor makan tengah hari mereka semua. So, kita orang semua pun pergi lah cari makanan di kedai makan yang ada tak jauh dari rumah Rukaiyah tu.

Balik dari makan kami semua bersiap sedia untuk bersolat Zohor berjemaah dengan mereka semua. Nak ambil wuduk pun kami dah dipesan oleh Dr. Normaliza supaya minta izin dengan adik-adik ni dulu. Ye lah, tu kan harta anak yatim.

Selesai solat kami teruskan dengan aktiviti yang seterusnya iaitu latihan tatabahasa. Untuk adik-adik yang berumur 8-9 tahun kami sediakan aktiviti mewarna untuk mereka. Kami sediakan latihan tatabahasa berkenaan dengan Kata Sendi Nama. Kalau mereka tak faham atau tak tahu macam mana nak selesaikan latihan tu mereka boleh bertanya terus kepada kita orang semua. Ada dalam kalangan mereka yang bagus dalam pelajaran. Tapi tak kurang juga masih ada yang lemah. Dengan latihan dan sedikit nota tentang tatabahasa yang kita orang tinggalkan tu harap-harap akan membantu mereka tak banyak sedikit pun jadilah.

Siap je mereka buat latihan yang diberikan kami tamatkan aktiviti petang tu dengan sediakan mereka minum petang. Sedikit biskut coklat dan air soya untuk mereka. Sekali lagi aku rasa lega bila tengok mereka makan dengan selera walaupun juadah yang disediakan tak seberapa. Aku tanya la kat dia orang sama ada mereka kenyang atau pun tak. Bila dia orang jawab kenyang dan ada yang jawab terlebih kenyang aku pun sama-sama rasa kenyang.

Akhir sekali kami teruskan dengan sesi pemberian cenderamata untuk adik-adik Rukaiyah dan juga Cikgu Man selaku pengurus. Selesai semua kami pun ambil gambar sebagai kenang-kenangan. Memang antara pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di rumah Rukaiyah tersebut. Hasil lawatan kami ni kami semua dikehendaki membuat presentation. Masa hari present memang tersentuh jugak lah hati tengok anak-anak yatim yang berada di tempat lain. Macam-macam gelagat yang dapat aku tengok sepanjang masa present tu. Harap-harap kedatangan kami semua ke rumah anak-anak yatim ni dapat memberi sikit manfaat kepada mereka. Insya-ALLAH.

Tu semua baru cerita pasal pengalaman dalam kelas Dr. Normaliza je, belum lagi pengalaman masa kelas tutorial. Kelas tutorial aku pada hari Khamis jam 8 malam. Tutor yang akan ajar kita orang semua ialah Cik Alia. Sama macam kelas Dr. Normaliza jugak, kita orang dah diberi warning awal supaya jangan datang lewat.

Hari pertama tutorial tak ubah macam nak pergi kelas jugak. Kelam-kabut. Dah la kebetulan masa tu waktu Maghrib pulak lambat. Terpaksa bersiap-siap dulu, masuk waktu je terus solat. Takut terlewat punya pasal aku sanggup tak naik bas dan lebih rela jalan kaki ke fakulti. Mana taknya, dah tentu-tentu pak cik bas tu gerak lambat. Nanti tak pasal-pasal tak masuk kelas pulak aku.

Hari pertama kita orang semua kena pilih tajuk yang global sikit untuk tugasan pertama tutorial. Kita orang kena buat presentation slide show yang kena ada elemen-elemen asas grafik. Tajuk yang aku pilih ialah ‘Pencabulan Hak Asasi Kanak-kanak’. So kena lah cari seberapa banyak gambar yang boleh untuk dimuatkan dalam 20 slide. Masa present adalah selama 3 minit seorang. Kena masukkan lagu sekali. Boleh tahan mencabar jugak la kerja ni. Macam yang aku bagitahu awal-awal lagi, aku memang lemah dengan benda-benda multimedia ni. Nak buat slide show ni aku kena banyak explore benda-benda yang ada dalam tu. Macam mana nak tukar warna lah, nak gerak-gerakkan gambar tu lah dan macam-macam la lagi. Yang paling penting kena masukkan kata-kata yang senang difahami oleh orang lain bila tengok gambar tu nanti. Kata-kata tu tak boleh panjang berjela, cukup dengan 5-6 patah kata je. Berkat kesabaran dan bantuan daripada rakan-rakan akhirnya selesaikan jugak kerja yang satu ni. Pada minggu keempat kita orang semua kena present. Best jugak la tengok hasil kerja orang lain. Alhamdulillah, semuanya ok. Takde masalah sepanjang 3 minit present tu. Risau jugak kalau-kalau lagu tak menjadi ke, gambar tak keluar ke.

Minggu yang seterusnya kita orang semua dikehendaki membuat kalendar meja. Kecut jugak la perut dengar. Mesti lagi susah tugasan yang ni. Untuk buat kalendar ni kita orang semua kena guna Adope Photoshop. Terpaksa la aku cari installer tu sebab dalam laptop aku takde la pulak benda alah ni.

Buat kalendar ni boleh tahan mencabar jugak la. Mana taknya, kita orang tak boleh paste je gambar tu. Kena jugak crop sikit-sikit. Pedih-pedih mata ni setiap kali nak crop gambar. Kena buat seteliti yang mungkin. Kalau tak gambar yang di crop tu tak cantik. Dan tugasan ni jugak la yang paling menguji tahap kesabaran aku. Nak jadikan cerita time-time tu la pulak laptop aku buat hal. Asyik hanged je. Dah la hanged sebelum aku sempat save semua kerja. Mau tak menangisnya. Penat-penat crop gambar tiba-tiba skrin jadi biru. Tak pasal-pasal kena buat balik. Lepas-lepas tu setiap kali crop je gambar biar pun baru seinci aku terus save. Tension jugak la bila kena macam tu.

Untuk siapkan kalendar ni kita orang semua diberi masa sampai minggu ke-8. Tapi sebelum boleh print kena dapat kelulusan daripada Cik Alia dulu. Aku ingat kalendar aku dah tak lulus untuk print. Ye lah, tengok orang lain punya semua cantik-cantik. Aku punya biasa je. Cuma Cik Alia suruh tukar sikit mana-mana warna yang tak berapa nampak. Lega jugak bila dah boleh print.

Bila dah siap print tu memang satu kepuasan la bila dah dapat tengok sendiri hasilnya. Teramat puas. Penat lelah selama berapa minggu ni terbalas bila dapat pegang kalendar yang dah siap. Bangga dengan diri sendiri pun ada jugak. Sape sangka yang aku boleh buat benda ni. Biar pun kena bayar mahal untuk print benda alah ni tapi takpe lah. Berbaloi. Aku jugak yang nak guna kalendar ni pas ni. Sekarang ni kalendar yang dihasilkan oleh aku berdiri dengan megahnya kat atas meja kat bilik aku ni. Sape-sape yang masuk masing-masing puji. Bangga la jugak kejap.

Pada minggu yang ke-9 pulak kita orang dikehendaki mereka bentuk Website. Pulak dah. Kalau buat kalendar hari tu dah boleh sampai menangis, kali ni agaknya macam mana la pulak kan. Berganda-ganda rasa kecut perut aku. Nak buat website ni kena guna Microsoft Office Frontpage pulak. Lagi sekali aku kena cari installer sebab dalam laptop aku ni takde benda alah tu. Mujur tak susah nak cari.

Website yang dihasilkan ni adalah berkenaan dengan diri sendiri. So tak susah la sangat nak cari bahan cerita untuk dimasukkan dalam website tu nanti. Hasil pertama website yang aku buat biasa je. Bila tengok website orang lain cantik-cantik apa lagi, naik jelous la aku. Dengan itu aku pun nekad untuk buat website yang baru. Dalam masa satu malam je aku siap buat website aku sendiri yang baru. Wah! Boleh tahan jugak aku ni kan. Baru lah aku sedar yang rupa-rupanya bukan la susah mana pun nak buat website. Yang paling penting tahu nak hyperlink kan macam mana. Kalau tak sampai sudah pun tak jadi. Minggu ke-11 Cik Alia pun check website setiap orang. Alhamdulillah Cik Alia kata ok, tapi boleh ditambahkan page sikit lagi. Akhirnya selesai jugak tugasan yang ketiga.

Tugasan terakhir untuk kelas tutorial ialah penghasilan blog. Dengar nama blog je aku dah rasa lemah. Ye lah, blog ni kan web untuk orang-orang yang suka mengarang je. Orang yang tak suka mengarang macam aku ni memang tak berapa sesuai sangat nak join. Setakat baca hasil tulisan dia orang boleh la.

Untuk penghasilan blog ni kita orang kena buat pasal tokoh bahasa. Pilih sorang tokoh bahasa pas tu kena pergi interview dia. Aku dengan Elle dan Nina pilih Dr. Arbak Othman. Kebetulan kita orang ambil subjek Perkamusan dengan dia sem ni, so senang la sikit nak buat appointment. Mujur kita orang mendapat kerjasama yang baik daripada Dr. Arbak, so senang la kita orang nak proceed buat blog tu.

Akhirnya selesai jugak semua tugasan yang diberikan sepanjang 13 minggu tutorial ni. Segala pengalaman ni tak akan aku lupakan. Akhirnya aku berjaya jugak buktikan pada diri sendiri yang aku ni sebenarnya boleh terlibat dengan kerja yang berkaitan dengan multimedia, komputer dan yang sewaktu dengannya ni. Jangan kata tak boleh atau tak tahu sebelum kita sendiri cuba untuk buat sesuatu kerja tu. Kalau tak berapa menjadi hasil kerja kita tu jangan malas untuk mencuba sekali lagi. Buat sampai diri sendiri rasa puas hati. Ni bukan untuk kebaikan orang lain pun, tapi untuk kebaikan diri sendiri dan juga untuk keuntungan diri sendiri.

Melalui kerja-kerja sepanjang belajar dalam kelas multimedia ni banyak mengajar aku erti sabar. Sabar dengan setiap dugaan yang datang. Macam masa buat kalendar hari tu, laptop hanged. Jugak belajar sabar bekerja dalam kumpulan. Biasalah kan, banyak kepala banyak la jugak kerenahnya.

Selain tu dapat jugak mengasah bakat kreatif yang terpendam selama ni. Ye lah, kreatif untuk hasilkan kalendar yang boleh tahan cantik, kreatif untuk hasilkan website sendiri, kreatif untuk buat e-majalah, kreatif masa buat draf billboard dan macam-macam lagi lah. Sape kata yang aku ni takde kreativiti. Kan dah boleh buktikan sekarang yang kita pun boleh jadi kreatif macam orang lain.

Pendek kata memang pengalaman dan kenangan selama belajar Bahasa Dalam Multimedia ni tak akan dapat dilupakan. Harap-harap ilmu yang aku dapat sepanjang sem ni akan berguna bila dah grad nanti. Sape yang kata budak bahasa tak ada peranan dalam bidang multimedia? Dengan ambil subjek ni kita orang semua boleh buktikan yang orang bahasa pun ada peranannya yang tersendiri dalam bidang multimedia. Memang patutlah pihak fakulti wajibkan setiap pelajar bahasa ambil subjek ni.

Pejam celik pejam celik sekarang ni dah berada di hujung sem. Minggu depan dah nak final exam. Sekejap je satu sem berlalu. Akhir kata, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Normaliza terutamanya, Dr. Arbaie dan tak lupa Cik Alia kerana tidak lokek memberi ilmu yang amat berharga kepada aku dan rakan-rakan yang lain sepanjang satu sem ni.

Tak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang membantu secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Jasa baik kalian semua tak kan dilupakan. Terutama sekali kepada geng-geng Wonderpets. Memang best la kerja dengan korang semua. Akhir kata, sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada semua dan seribu satu kenangan yang tercipta ni tak akan dapat dilupakan. Selama berjaya buat rakan-rakan, dan semoga kita akan bertemu semula lepas ni. Wassalam…

0 comments: